SKUAD BERBASIKAL TREK TEPATI RAMALAN BOLOT 12 EMAS PARA ASEAN

KUALA LUMPUR, 19 September 2017 – Skuad berbasikal trek negara tepati ramalan apabila menyapu bersih 12 emas yang dipertandingkan di Velodrom Nasional Nilai pada Sukan Para ASEAN ke 9 Kuala Lumpur 2017.

Saingan dua hari bermula 17 September itu menyaksikan skuad negara memulakan saingan dengan meraih 7 emas yang dipertandingkan pada hari pertama, sebelum mengutip 5 lagi emas yang dipertandingkan pada hari kedua, sekaligus mengatasi sasaran 10 pingat emas yang ditetapkan sebelum ini.

Secara keseluruannya, skuad kendalian ketua jurulatih, Johari Mohd Nayan menutup tirai saingan acara trek dengan meraih 12 emas, tujuh perak dan tiga gangsa.

Acara berbasikal akan bersambung semula dengan acara lebuhraya yang menawarkan 14 pingat emas yang berlangsung di Putrajaya pada 20 dan 21 September ini.

dsc_6567          dsc_6603